top of page

HARGA MAMPU MILIK

Perodua menawarkan harga yang mampu dimiliki oleh hampir keseluruhan rakyat Malaysia. Sebagai contoh; Perodua Axia ditawarkan harga serendah RM23, 367 sahaja, manakala Perodua Aruz sekitar RM68,526, dimana harga-harga ini adalah lebih rendah dibandingkan harga-harga kereta dari syarikat pengeluar kereta yang lain

PUSAT SERVIS MUDAH DIDAPATI

Pusat Jualan & Servis Perodua boleh didapati di seluruh negara. Malah, ia juga didapati di sebahagian bandar kecil. Maka, tidak sukar untuk anda mendapatkan perkhidmatan selepas jualan.

KERETA BERPRESTASI

Kereta Perodua dibangunkan dengan menggunakan teknologi pintar dan terkini. Sebagai contoh; enjinnya direka untuk pemanduan yang sempurna, pantas, dan yang paling menyeronokkan - ia benar-benar menjimatkan minyak!

MUDAH TRADE-IN

Kereta Perodua adalah sangat popular di kalangan rakyat Malaysia. Anda pasti setuju bahawa, diceruk mana sahaja anda berada, anda pasti akan menemui kereta Perodua. Menurut laporan Statista, 'market share' kereta Perodua di negara ini adalah hampir separuh daripada jumlah pasaran industri automotif. Sehubungan itu, anda tidak akan menemui kesukaran untuk menjual kereta Peroda anda, sekiranya berhasrat untuk menukar ke kereta baru, suatu masa nanti.

SELAMAT DIPANDU

Walaupun ditawarkan pada harga mampu milik, namun Perodua tidak mengabaikan aspek keselamatan  pemandu dan penumpangnya. Buktinya, Perodua telah dianugerahkan 5 bintang oleh Asean NCAP Safety.

SYARIKAT PENGELUAR KERETA YANG UNGGUL

Perodua telah berada di pasaran semenjak 1993, dan kekal mapan sehingga sekarang. Malah, telah berjaya menembusi pasaran enam negara, termasuk United Kingdom. Ini merupakan bukti bahawa kereta Perodua dipercayai oleh rakyat Malaysia dan antarabangsa.

Untitled design(117).png
bottom of page